Monday, July 5, 2010

Pandan Cheese Cake


Salam pengunjung semua,
n3 kali nie Intan nak share 1 lagi recipe cheese cake, my feveret...dah buat banyak kali..kek nyer gebuss, rasa cheese pun xla muak sangat...kalau sejukkan dalam fridge, lagi mantap rasanyer..ekekeee..
anyway, recipe nie Intan cilok dari blog Cik Mat Gebu, blog recipe paling femes di Malaysia..waaaa..gitu kan..tq, bang Mat...
okla..nie recipe nyer yeee...

BAHAN-BAHANNYA...
200 ml susu segar
4 keping slice cheese (cheesedale)
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred "B"
1 camca teh pandan paste
Sedikit pewarna hijau
Beberapa titik esen vanilla

CARA MEMBUATNYA
  1. Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan (guna kaedah double-boiler)
  2. Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
  4. Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong..
**selamat mencuba......

No comments:

Post a Comment